| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan |
| Unit Seni Tampak | Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup |
| Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan |
| Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

MENCUNGKIL RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN BUSANA KELAHIRAN PERLIS
Kelahiran usahawan dalam pelbagai bidang dan penghasilan produk kini umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Peserta Kursus Subunit Busana IV turut tidak melepaskan peluang ini ketika bertemu dengan pemilik dan pengasas Aarella Hijab, Puan Shuhaila bt Shahalim dalam Program Lawatan Busana ke Perlis bagi berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman beliau sepanjang menceburkan diri sebagai usahawan busana sehingga kini. Lawatan ini terdiri daripada peserta Subunit Kokurikulum Busana IV seramai 62 orang dan 2 orang jurulatih yang bertempat di Butik Aarella Hijab, Wang Ulu, Perlis dan kawasan sekitarnya.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dunia perniagaan dalam bidang busana di samping membolehkan para pelajar untuk mempelajari tatacara menuruskan gedung dan butik tudung.Antara objektif program ini ialah memberi peluang kepada pelajar subunit busana untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada dan memperkenalkan kepada para pelajar ruang lingkup busana yang lebih luas untuk diceburi. Melalui lawatan secara lansung ke Butik Aarella Hijab telah mendedahkan pelajar secara khusus mengenai tadbir urus sesebuah perniagaan samaada dari sudut kewangan, pentadbiran dan hasil. Manakala, lawatan ke kilang pembuatan tudung dan pakaian pula telah mengajar dan memberi peluang kepada para peserta untuk menghasilkan beberapa rekaan tudung dan getah rambut.
Melalui masa yang ada, Puan Shuhailla sendiri atau panggilan mesranya kak Ella sempat berkongsi beberapa ilmu penting perniagaan dan kata-kata dorongan kepada para peserta kursus supaya bersemangat untuk menjadi seorang usahawan kelak. Antara kata-kata yang beliau acap kali ungkapkan “ Kita bermula menggapai sesebuah kejayaan dengan diri kita seadanya yang serba kekurangan, maka apabila kita berjaya jangan dilupa diri kita suatu ketika dahulu dan bantulah insan sekeliling kita semampu yang boleh. Sentiasa ingatkan diri bahawa setiap rezeki yang kita terima itu datang dari Allah dan ada bahagian rezeki insan lain di dalamnya. Hendaklah sentiasa ikhlaskan diri untuk berbakti, Insha Allah kita tidak akan mudah mengeluh dan lebih bermotivasi untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita”. Beliau turut menyifatkan lawatan ini merupakan langkah awal yang terbaik sebagai pendedahan kepada para pelajar.
Maka, besarlah harapan agar program seumpama ini dapat lagi dilaksanakan bagi menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk bergiat dengan lebih aktif dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

MENDEKATI DUNIA REALITI PERNIAGAAN
Sub Unit Ko-Kurikulum Siswaniaga dengan kerjasama dan sokongan dari Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya melaksanakan Program Lawatan Industri di sekitar Pulau Pinang, iaitu EE-Lian Group Company, Seberang Prai dan Penang Craft Batik,Balik Pulau. Program ini telah disertai oleh 73 orang pelajar yang diiringi oleh seorang jurulatih.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai cara untuk menguruskan sesebuah perniagaan yang saiz lebih besar dan juga risiko-risiko yang di hadapi semasa menjalankan perniagaan. Berdasarkan taklimat-taklimat yang diberikan oleh pengurus dan pengawai dari EE-Lian Group Com. dan Penang Craft Batik Sdn Bhd, pelajar-pelajar telah memahami dengan lebih mendalam tentang cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam dunia usahawan. Pelajar-pelajar juga telah mendapat idea tentang cara untuk menangani masalah- masalah yang akan timbul semasa menjalankan perniagaan yang lebih besar.
Menurut pengurus sumber manusia EE-Lian Group Com, untuk menjadi seorang ahli perniagaan atau usahawan yang berjaya, kita haruslah mempunyai keinginan untuk maju ke hadapan dan tidak malu untuk bertanyakan soalan. Tip- tip yang telah dikongsikan oleh pihak EE-Lian Group sangat memberikan impak yang besar kepada peserta-peserta KLK pada kali ini. Di mana, ia juga menyedarkan peserta-peserta bahawa untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan adalah dengan bekerja keras dan tidak penat untuk berusaha maju ke hadapan.
Selain itu, semasa di Penang Craft Batik, peserta- peserta KLK juga dapat mempelajari tentang cara penghasilan batik- batik buatan tangan. Peserta- peserta juga didedahkan tentang ciri-ciri batik buatan tangan. Dengan pendedahan seperti ini, peserta- peserta KLK akan lebih faham bahawa sebab- sebab seni kraft mempunya nilai yang tinggi untuk di komersialkan.
Oleh itu, diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan agar dapat membimbing dan melatih mahasiswa menjadi seseorang yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara dan meningkatkan ekonomi negara kelak.

SEMARAK MUHIBAH DI KOMPLEKS PENYAYANG DR SITI HASMAH, JEJAWI DALAM, ARAU
Hiasan Dalaman IV kumpulan D telah menjalankan KLK di Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam, Arau Perlis. Seramai 18 orang ahli kumpulan menyertai KLK ini dan diiringi oleh seorang jurulatih.
Tujuan program ini ialah melakukan khidmat masyarakat, memberi motivasi, beramah mesra dan mengenal dengan lebih rapat anak yatim. Objektif program ini ialah mengetahui lebih mendalam tentang rekaan dan mempratikkan ilmu - ilmu yang kami pelajari di dalam kelas. Melalui KLK ini, pelajar mengetahui bahawa perancangan awal adalah amat penting. Dengan ini, pelajar tidak akan membazirkan masa dan bahan. Contohnya, mereka yang mebuat hiasan menggunakan styroform tahu bahawa memotong stroform menggunakan masa yang lama. Oleh itu, mereka memotong bentuk yang dikehendaki dahulu. Para pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan yang kami pelajari. Pelajar boleh membuat pelbagai jenis hiasan selain mural. Kumpulan kami membuat quotation dan penggunaan cermin untuk rekaan kami. Dalam KLK ini, pelajar boleh membuat rekaan yang kami rancangkan secara praktikal. Selain itu, KLK ini juga memberikan nilai tambah kepada pelajar. Kami boleh perolehi pengetahuan am. Contohnya, penggunaan cat minyak adalah lebih baik untuk pintu. Kami juga boleh tahu bahawa pemotongan styrofoam perlu menggunakkan cutter wire untuk menghasilkan bentuk yang diingini.
Menurut jurulatih, Encik Ahmad Faizal bin Shamsuddin, kerjasama adalah amat penting dalam menjalankan setiap aktiviti. Kerja dalam kumpulan boleh menjana lebih banyak idea dan cadangan yang lebih baik. Sebarang kekurangan boleh dikesan.
Oleh itu, program ini sepatutnya dijalankan oleh kelab lain. Ini kerana melalui program ini, kami boleh mendapat pelajaran yang bermakna. Kami juga boleh mengetahui bahawa pentingnya perancangan awal dari segi masa dan penggunaan bahan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RESTORAN FRANCAIS
PADA 4 APRIL 2015
PROGRAM KEGIATAN LUAR KAMPUS YANG DIADAKAN DI LADANG ANGGUR TASIK BERIS
Sabtu, 19 April 2014 - Siswaniaga Kumpulan B dengan kerjasama Siswaniaga Kumpulan
A dan Kumpulan C, telah Berjaya mengadakan Program Kegiatan Luar Kampus yang
diadakan di di Ladang Anggur Tasik Beris
di Sik dan Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. di Jitra Kedah. Seramai
120 orang pelajar telah hadir program ini dengan diiringi oleh seorang
pengiring. Perjalanan bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Setiap seorang pelajar
disediakan sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan.
Tujuan program ini dijalankan bagi mendedahkan kepada para mahasiswa bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya dan mempelajari bagaimana sesuatu perniagaan itu dijalankan. Pelbagai pengalaman yang diperolehi ketika program Kegiatan Luar Kampus ini dijalankan. Diantaranya adalah kami diterangkan bagaiamana proses menghasilkan buah anggur dan strawberi. Selain itu, kami diajar bagaimana untuk menanam anggur.
Manakala ketika di Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. para pelajar diberi taklimat mengenai perniagaan yang dijalankan serta diberi motivasi bagaimana untuk menjadi usahawan yang Berjaya. Secara kesimpulannya, program seperti ini haruslah dilaksanakan supaya dapa meningkatkan ilmu para pelajar.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]