SUB UNIT BUSANA
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang busana atau jahitan. Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan dari sudut perniagaan dalam bidang busana. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang busana atau jahitan. |