SUB UNIT HIASAN DALAMAN
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang hiasan dalaman. Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan dari sudut perniagaan dalam bidang hiasan dalaman. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang hiasan dalaman. |